BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 23, 2011

assalamualaikum...
setelah sekian lama tanpa berita akibat kekalutan mengejar masa yg sibuk dgn kerja2 yang tak pernah selesai baru hari ini masa ku dapat diluangkan untuk menyambung coretan diary hidup..

sepanjang ramadhn yang lalu x berasap dapur ku...cuma membeli di pasar Ramadhan...
habis ramadan tugas menanti ku untuk memulakan pengajaran pula....

pusingan hidup yang x akan berhenti kecuali nafas ku berhenti.

Kembar ku semakin bijak...telah boleh membaca dengan pantas dan semakin matang memberi buah fikiran...bangga rasa hati bila melihat pertumbuhan dan perkembangan mereka...

baru saja menulis mata pula semakin mengecil...semua ni akibat dari kekalutan dan kepenatan menguruskan rumah tangga seorg diri... ku permisi dulu untuk beristerirehat...
esok akan ku sambung cerita ku....

Friday, July 22, 2011

salam kemanisan dan salam kerinduan buat semua yang membaca...

Bosannya dengan kehidupan yang sepi dan penuh dengan angan-angan yang tidk tahu penghujungnya..
Kasih dan sayang tetap kekal abadi seperti dulu tapi waktu menghalang perjalanan menuju ke arah kebahagiaan..

walau pun detik waktu itu sentiasa bergerak meninggalkan segara kesakitan dan keresahan namun detik yang akan kita lalui sentiasa melukakan ...
umpama jalan yang dilalui yang dipenuh duri..dan berjalanlah kita tanpa kasut...selagi tidak sampai ke penghujung jalan duri-duri tetap akan terus melukai kaki..

hanya kepada yang Esa ku panjatkan doa yang panjang agar aku terus tabah dan bersbar..
meronta hanya akan lebih menyakitkan...namun aku tak lepas dari melakukan kesilapan itu..
maafkan aku..maaf telus dari jiwa yang terluka

Thursday, July 14, 2011

"MAAF KU PINJAM ARTIKEL INI UNTUK TATAPAN SESIAPA YG BERMINAT"

seandainya lelaki tahu

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday, July 2, 2011

DI MANA KAU..

Aku inginkan kegembiraan disaat ini..
aku hampir kehilangan kemanisan hidup..
saat ini hanya kesedihan dan kehampaan didalam diri..
aku ingin berlari hingga kepenghujungnya..
pimpinlah aku ....
pimpinlah agar aku tidak tersungkur oleh segala halangan..
aku tidak terhenti kepenatan..
bantu aku agar kita sama-sama berjaya mengharunginya..

Tapi ...
kau biar aku sendiri...
kau hiris hati ini dengan kata-kata....
memang aku tak sehebat dia..
namun dihati ini penuh dengan kasih sayang..
penuh keikhlasan..
RINDU ini tak pernah berubah..
rasa ini tetap sama..
fahami la aku...

Monday, June 27, 2011


Dah lama blog ni x di update kerana out station selama hampir 2 minggu...selama hampir 2 minggu juga aku kerinduan pada anak2 yang ku tinggalkan...

Kasih..
tiada dapat digambarkan sayang ku terhadap mu..
kerinduan sentiasa dihati...
meniti masa yang sentiasa berlalu...
namun bila masa itu kita tunggu ..
terlalu lambat ia berlalu..
tetapi bila masa itu kita kejar..terlalu pantas pula ia berlari meninggalkan kita..

Rindu..
bertapak dihati...
harus bagaimana aku mengubat kerinduan ini...
lantaran kejauhan antara kita ...
lantaran halangan yang ada...
rindu ini pada mu akan terus bertapak di hati..
akan terus ku bawa mati...

Wednesday, June 15, 2011

KASIH SAYANG MU AKAN KEKAL ABADI HINGGA AKHIR HAYAT...
ANDAI ADA JODOH KU LAGI ..FA.DIL TETAP BERSEMADI DI SATU SUDUT YANG SANGAT ISTEMEWA YANG DIKHAS UNTUK MU DI HATI INI...
KAU TIADA DUA TIADA TIGA...
KAU SUAMI YANG PENYAYNG..
LEMBUT..ROMANTIS...DAN MEMAHAMI DIRI INI..
SEMOGA ROH MU DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORANG2 YANG BERIMAN...AMIN..

RINDU SETENGAH MATI

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

Tuesday, June 14, 2011

HAti Ini


cinta aku tanpa terkata...
rindu aku tanpa terungkap...membuat aku terseksa
teriak aku tanpa suara. membuat aku pilu
menangis aku tanpa esak...hanya berteman air mata dan kesedihan
terluka aku tanpa keluh. dan ia menyakitkan
tertawa aku tanpa rasa...tanpa perasaan cuma segaris bibir yang melukis senyuman
begitulah aku. begitulah diriku...

Rindu pada usia yang lalu..
kenangan yang memanggil...
memerahan mata mataku..
menggetarkan sanubariku..

Monday, June 6, 2011

PERGI SELAMANYA

Malam kian melangkah pergi
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada disisiku

Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupku
Kau pergi tak kembali selamanya

Korus:
Walau berkali kutangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi dipusaramu oh....

Hanya doa yang kuiringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku
Oh.....

Segalanya datang dan pergi
Kutahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Tapi telah tertulis untuk dirimu
Oh....

Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku


RINDU SETENGAH MATI

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

Sunday, June 5, 2011

Saturday, May 14, 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU SEORANG WANITA.....




Dalam meniti hari2 yang panjang aku akan sentiasa terus mengingati mu walau dalam kepayahan.

Permudahkan perjalanan hidupku ya Allah... Kuatkan hati dan keimananku agar dapat aku menempuh segala ujian Mu.

Wednesday, May 11, 2011


Tuhan...

kau berilah aku ketabahan dalam menerima dugaan Mu...

kau pasrahkan jiwaku untuk teruskan perjalanan hidup ini yang penuh ranjau dan berliku.

Kau berikan aku kekuatan untuk menenpuh segalanya.

Aku cuma insan kerdil yang lemah, ada kalanya aku rebah dan tersungkur tak berdaya.

Ampunkan dosa-dosa ku ya Allah...

Dalam mengharungi detik-detik yang perlu dihitung, aku tidak dapat menahan rasa rindu yang ada, rasa curiga yang bertapa.

Cemburu pada kebahagian orang lain...namun aku tetap pasrah dalam menerima ketentuanku

Hidup sendirian ..tiada tempat untuk mengadu hanya pada Mu tempat ku mengadu...

Peneman setiaku cuma bayang-bayang yang bisu

Akan ku tunggu cahaya kebahagian itu bersinar dalam diri ini....

Dugaan Mu ..aku redha ya Allah

Hanya engkau Tuhan ku Yang SATU...pada Mu aku berserah.....

Anak yang masih kecil tak mengerti derita dan kesusahan yang ada....namun di hati mereka tetap ada kerinduan kasih sayang seorang ayah...

Membesarlah anak-anak dengan kasih sayang ibu dan jadilah anak yang baik...
Ibu akan sentiasa ada di sisi dikala suka dan duka....kasih sayang ibu mengatasi segalanya

Tuesday, May 10, 2011

DIARY HIDUP: KEHIDUPAN

DIARY HIDUP: KEHIDUPAN: "Kehidupan seperti air di lautan...ada pasang surutnya.. Tiada yang mengimpikan kesedihan tetapi sentiasa mengharapkan kebahagian yang berkek..."

KEHIDUPAN

Kehidupan seperti air di lautan...ada pasang surutnya..
Tiada yang mengimpikan kesedihan tetapi sentiasa mengharapkan kebahagian yang berkekalan..
Namun tidak semua impian menjadi kenyataan...takdir Tuhan telah tersurat..kita cuma merancang Dia yang menentukan....

Aku pinjam bait-bait ini :

" Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun ada juga yang terpisah kerana terlalu cinta. Apabila cinta telah terputus daripada cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta dengan cinta-cinta yang lain. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada yang begini keadaannya, pertemuan pun masih perpisahan. Tapi apabila cinta itu diikat oleh cinta Allah, maka perpisahan pun bererti pertemuan."

Pada arwah suamiku...

kasih sayang yang pernah kau beri pada ku dan anak2 sangat besar dan terlalu bernilai..

tidak dapat dinilai dengan wang berjuta...hanya Allah yang tahu betapa aku bersyukur kau pernah menemani ku walaupun hanya sementara waktu..

semoga kau sentiasa dicucuri rahmay Nya..


Rindu Ini

setiap detik setiap waktu nama itu yg terpahat di hati...
rindu sentiasa bertapa di hati..
senyum diukir namun hati menangis....
jasad berdiri gagah namun roh ku longlai....
salah kah aku jika berterusan begini...
telah ku cuba untuk menguatkan diri...
telah puas ku cuma lari dari realiti....
tapi ia umpama bayang-bayang...

biarlah ia sentiasa dekat dengan ku..
agar ia bisa menjadi kenangan terindah
seumur hidup ku.......

Sunday, May 29, 2011


Dah lama x up date sbb busy dan baru balik dari out station...tapi hati masih meronta untuk melakarkan kata-kata untuk tatapan semua

CINTA adalah ibarat air..... Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun....

jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita,

jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita,

jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara,

jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah,

jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.

Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Thursday, May 19, 2011

PERGI SELAMANYA

Malam kian melangkah pergi

Masih aku sendiri termangu dalam sepi

Dalam kelam hadir bayangmu

Bagai mengundang mimpi saat kau dan aku

Sayangnya kau tiada di sisiku

Masih terbayang segalanya

Bagai semuanya mimpi belaka

Hilang tak mungkinkan kembali

Merupa yang tersurat dalam hidup mu

Kau pergi tak kembali selamanya

Walau berkali ku tangisi

Tak mungkin kau kan kembali

Ku tak berdaya mengharung sendiri

Tanpamu hidup tak bererti

Hari berlalu kau kian jauh

Didalam abadi di pusaramu

Oooo ....

Hanya doa yang ku iringkan

Dalam hiba aku tangiskan

Hilang tiada pengganti

Permata yang berharga dalam hidupku

Segalanya datang dan pergi

Ku tahu sukar bagi ku

Menelan kenyataan takdir telah tertulis untuk diri mu

Oooo...

Hari kian silih berganti

Masih aku sendiri termangu dalam sepi

Dalam kepekatan malamku

Ku lihat lambaian mu dari syurgawi

Memanggil ku