assalamualaikum...
setelah sekian lama tanpa berita akibat kekalutan mengejar masa yg sibuk dgn kerja2 yang tak pernah selesai baru hari ini masa ku dapat diluangkan untuk menyambung coretan diary hidup..
sepanjang ramadhn yang lalu x berasap dapur ku...cuma membeli di pasar Ramadhan...
habis ramadan tugas menanti ku untuk memulakan pengajaran pula....
pusingan hidup yang x akan berhenti kecuali nafas ku berhenti.
Kembar ku semakin bijak...telah boleh membaca dengan pantas dan semakin matang memberi buah fikiran...bangga rasa hati bila melihat pertumbuhan dan perkembangan mereka...
baru saja menulis mata pula semakin mengecil...semua ni akibat dari kekalutan dan kepenatan menguruskan rumah tangga seorg diri... ku permisi dulu untuk beristerirehat...
esok akan ku sambung cerita ku....
Friday, September 23, 2011
Posted by achik at 7:28 AM 0 comments
Friday, July 22, 2011
salam kemanisan dan salam kerinduan buat semua yang membaca...
Bosannya dengan kehidupan yang sepi dan penuh dengan angan-angan yang tidk tahu penghujungnya..
Kasih dan sayang tetap kekal abadi seperti dulu tapi waktu menghalang perjalanan menuju ke arah kebahagiaan..
walau pun detik waktu itu sentiasa bergerak meninggalkan segara kesakitan dan keresahan namun detik yang akan kita lalui sentiasa melukakan ...
umpama jalan yang dilalui yang dipenuh duri..dan berjalanlah kita tanpa kasut...selagi tidak sampai ke penghujung jalan duri-duri tetap akan terus melukai kaki..
hanya kepada yang Esa ku panjatkan doa yang panjang agar aku terus tabah dan bersbar..
meronta hanya akan lebih menyakitkan...namun aku tak lepas dari melakukan kesilapan itu..
maafkan aku..maaf telus dari jiwa yang terluka
Posted by achik at 4:14 AM 0 comments
Thursday, July 14, 2011
"MAAF KU PINJAM ARTIKEL INI UNTUK TATAPAN SESIAPA YG BERMINAT"
seandainya lelaki tahu
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
Posted by achik at 7:17 AM 0 comments
Saturday, July 2, 2011
DI MANA KAU..
Aku inginkan kegembiraan disaat ini..
aku hampir kehilangan kemanisan hidup..
saat ini hanya kesedihan dan kehampaan didalam diri..
aku ingin berlari hingga kepenghujungnya..
pimpinlah aku ....
pimpinlah agar aku tidak tersungkur oleh segala halangan..
aku tidak terhenti kepenatan..
bantu aku agar kita sama-sama berjaya mengharunginya..
Tapi ...
kau biar aku sendiri...
kau hiris hati ini dengan kata-kata....
memang aku tak sehebat dia..
namun dihati ini penuh dengan kasih sayang..
penuh keikhlasan..
RINDU ini tak pernah berubah..
rasa ini tetap sama..
fahami la aku...
Posted by achik at 1:38 AM 0 comments
Monday, June 27, 2011
Dah lama blog ni x di update kerana out station selama hampir 2 minggu...selama hampir 2 minggu juga aku kerinduan pada anak2 yang ku tinggalkan...
Kasih..
tiada dapat digambarkan sayang ku terhadap mu..
kerinduan sentiasa dihati...
meniti masa yang sentiasa berlalu...
namun bila masa itu kita tunggu ..
terlalu lambat ia berlalu..
tetapi bila masa itu kita kejar..terlalu pantas pula ia berlari meninggalkan kita..
Rindu..
bertapak dihati...
harus bagaimana aku mengubat kerinduan ini...
lantaran kejauhan antara kita ...
lantaran halangan yang ada...
rindu ini pada mu akan terus bertapak di hati..
akan terus ku bawa mati...
Posted by achik at 6:48 AM 0 comments
Wednesday, June 15, 2011
KASIH SAYANG MU AKAN KEKAL ABADI HINGGA AKHIR HAYAT...
ANDAI ADA JODOH KU LAGI ..FA.DIL TETAP BERSEMADI DI SATU SUDUT YANG SANGAT ISTEMEWA YANG DIKHAS UNTUK MU DI HATI INI...
KAU TIADA DUA TIADA TIGA...
KAU SUAMI YANG PENYAYNG..
LEMBUT..ROMANTIS...DAN MEMAHAMI DIRI INI..
SEMOGA ROH MU DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORANG2 YANG BERIMAN...AMIN..
Posted by achik at 7:20 AM 0 comments
RINDU SETENGAH MATI
Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu
Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…
Posted by achik at 6:58 AM 0 comments